Sunday, December 28, 2008

salam hijrah detik permulaan




Assalamualaikum wbt... Kullu Aam Wa Antum Bikhair sahabatku yang dirahmati Allah SWT,

Salam Maal Hijrah 1430H...

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya.Pergilah segala kegelapan dan terangilah tahun baru ini dengan kehadiran cahaya. Mudah mudahan di anugerahi cahaya keberkatan dan rahmah Nya.Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah.
Penghijrahan seumpama hijrah Rasulullah s.a.w dan sahabat tidak berlaku lagi kepada umat Islam selepas Baginda, namun begitu konsep penghijrahan kalangan umat Islam tetap diteruskan. Ertinya : tiada lagi Hijrah kecuali Hijrah dari kejahatan kepada kebaikan dan daripada kebaikan kepada yang lebih baik.

Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl ayat 41-42 :
Maksudnya :
Dan orang-orang Yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya Yang baik; dan Sesungguhnya pahala (amal mereka Yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui. Mereka itu ialah) orang-orang Yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya.
Benarlah firman Allah ini, jika diteliti direnungi dan dihayati, konsep Hijrah di era ini adalah ingin mengajak umat Islam kepada perkara yang baik, bermanfaat dan ke arah mempertingkatkan kepelbagaian dalam aspek kemajuan hidup. Justeru konsep Hijrah ini akan mampu meneguhkan dan memantapkan keimanan serta jati diri umat Islam dalam berdepan dengan pelbagai cabaran dan kemajuan.
Antara aspek penting dalam proses Hijrah berterusan ini ialah :

HIJRAH IMAN

Usaha untuk mempertingkatkan iman mestilah melalui peringkat pembersihan hati dan jiwa dari sifat mazmumah yang tercela lagi keji kepada melazimkan dengan sifat mahmudah yang terpuji lagi disukai ramai. Dengan cara ini hati akan dipancari cahaya yang akan melihat kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.

Firman Allah Taala dalam surah Isra' ayat 80 :

Maksudnya : Dan pohonkanlah (Wahai Muhammad, Dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! masukkanlah daku ke Dalam urusan ugamaku Dengan kemasukan Yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya Dengan cara keluar Yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaKu dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan Yang menolongku",

HIJRAH ILMU

Firman Allah Taala dalam surah az-Zumar ayat 9 :

Maksudnya :"Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui.Sesungguhnya ketahuilah, hanya dengan mengamalkan kesyumulan Islam, umat Islam boleh mencapai pelbagai kejayaan dan kemajuan hidup.Kelemahan umat Islam hari ini mendepani cabaran semasa kerana lemahnya daya fikir berhubung kait dengan kelemahan menguasai ilmu agama dan thaqafah am.

HIJRAH AMAL

Terdapat dalam mafhum hadis Nabi s.a.w yang menyatakan : " Sebaik-baik amal adalah berkekalan biarpun sedikit".Ianya membawa pengertian perbandingan adalah lebih baik dengan membuat amalan yang banyak dan konsisten,

Hijrahkanlah diri terus-menerus ke arah ketinggian Islam. Seiringkan iman, ilmu dan amal dalam perlakuan kita seharian, kematangan harus dipupuk dengan berfikiran rasional dan terbuka, tetapi tidaklah sehingga terkeluar dari batasan syara'. Semua ini adalah untuk menuju ke arah kesejahteraan dan kemurniaan hidup sebagai umat Islam umat yang terpilih. Genggamlah ungkapan ini " Di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung". Jangan lupa duhai muslimah srikandi pejuang Islam, di bahu kita sarat dengan tanggungjawab pengislahan dan pembelaan terhadap Islam, jangan sesekali memilih zon selesa walau beribu rintangan mendepani kita, kita akan kuat jika kita berani, halusilah ia dengan ilmu yang mantap ke arah persediaan yang utuh. Bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal mendatang.


Hijrah

Innamaa al-akmal binniati
Wainnamaa likullim riim manawaa x2

فمن كانت هجرته الى الله ورسوله
Faman Kanats Hijratuhu Ilalahi Wa Rasulihi
قهجرته الى الله ورسوله
Fa hijratuhu Ilallahi wa Rasulihi
ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها
Wa man kanats hijratuhu li dunyaa yusibuhaa
او امراة ينكحها
Aw'imra’atin yankiHuha
فهجرته الى ما ها جر اليه
Fa hijratuhu ilaa ma-aa-haajara ilaihi

Amalan mulakan dengan niatmu
Dengan hatimu kau berhijrah kepadanya
Whatever you do, begins with your intentions
Lead your heart leads the way for your migration

Faman Kanats hijratuhu ilallahi wa Rasulihi
Fa hijratuhu ilallahi wa Rasulihi

And if the whole world let you down
left you crying all alone
change your intention
and surrender your heart to him
Say and believe
Face the world
The only one for you (the only one for me)
The only one for you (the only one for me)
He's always there for you
He's always there for you..
Haajara ilaih..

MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.
Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku.
Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu.
Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau reda
dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau.
Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."


Doa awal tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya.
Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paRa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."


Peristiwa-peristiwa penting:
1. 1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram - Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

rujukan:http://fauzynm.e-belia.net




Semoga bermanfaat.


salam ukhwah,


olive luv u..